like us!

like us!

Friday, December 17, 2010

produk baru dari kami!

sempena hari pukul maut! (harapnye~~) di genting highland nanti... kami melancarkan satu lagi produk baru iaitu kebab arab!


gandingan idea skewer barat dan skewer arab, kami menjadikan kebab arab ini produk baru kami kerana ia amaaaaaaatlah sedap!!!

hohohohohoh... so, pepehal...mai la cube Kebab Arab kami!!

menu description


menggunakan 100% daging asli, kami mempunyai 2 pilihan (buat mase skrng la), ayam dan daging. ia digaul bersama rempah rahsia skewer kami dan dibakar terus dari api menggunakan steel skewer yang berstailkan arab! ia dihidang dengan sayur-sayuran yang segar lagi nyaman. di datangkan dengan 3 pilihan roti, roti arab.....roti lubnan..dan roti sausage biase.... bagi meng-kick-kan lagi rasenya.... ia dicampur dengan 3 rasa yamg berbeda. Campuran moyonies yang sweet sour...bersama sos cili pedas-pedas kuku...dan yang paling penting! the legendary sos lada hitam kami bagi mengangkatkan mate yang sudah mau telelap, yang akan mendiamkan diri kerana keasyikan walau dipanggel bos sendiri... dan bakal meruntuhkan ketabahan sang peng-diet untuk melahap KEbab ARAB mooj!

Thursday, December 16, 2010

we are in da SKY!

hahahaha! kami akan ke awan 20/12...21/12..22/12 ini!

PASAR MALAM di GENTING HIGHLAND!

kami akan ada di pasar malam untuk 3 hari, berhadapan bus stand Genting highland disebelah Themepark!

hallooooo............

asmkm wbt,
and solawat ala rasul

untuk pengenalan MOOJ skewer, kami adalah peniaga yang baru bertapak pada tahun 2009 yang lalu. kini kami sudah mencapai 2 tahun di dalam perniagaan ini.

kami menawarkan skewer sbg produk kami. skewer ialah menu yang terdiri dari daging atau pun makanan yang dicucuk. kami menyajikan 3 pilihan utama iaitu skewer ayam, skewer daging, dan skewer kambing. kami juga mennyediakan skewer-skewer pilihan antaranya skewer arnab, skewer vegan ( untuk vegiterian) dan skewer kijang. semua skewer dihidangkan bersama sos lada hitam yang kami hasilkan sendiri. kami menjanjikan sos lada hitam kami pasti sedap! kerana ia dihasilkan dengan waspada dan penuh perhatian.





kami mula bertapak di pasar-pasar malam yang berada di sekitar lembah kelang. antaranya pasar malam cheras perdana, cheras ( malam rabu), pasar malam tun perak, cheras(malam selasa), dan pasar tani putrajaya ( hari selasa)